Monday, 18 November 2013

Penjual ayam yang Jutawan

Kecoh seluruh negara dan menjadi Trending nombor 1 di media sosial Malaysia ketika ini mengenai isu seorang bapa memberi Hadiah sebuah kereta Mini Cooper untuk anaknya yang mendapat keputusan cemerlang 5A iaitu adik Fatini daripada SK Zainab 2, Kota Bharu.
Lagi tergamam, situasi ini terjadi disebuah negeri nun jauh di pantai Timur yang seringkali dimomok-momokkan sebagai negeri paling Miskin di Malaysia. 

Ya benar, kejadian ini berlaku di Kota Bharu. Ayahnya hanya seorang penjual ayam, belajar sehingga SPM sahaja tapi berkat usaha dalam perniagaan mampu memberi dan menukar status keluarga mereka daripada miskin kepada golongan yang mempunyai masa depan.

Saya turut sedih membaca setiap komen di Facebook yang mengutuk bapa Fatini yang menyamakan kes ini sebagai tidak masuk akal, megarut, menunjuk-nunjuk, membazir dan sebagainya. Biasalah, orang Melayu Malaysia memang terkenal dengan sikap dengki, suka mengutuk jika orang lain lebih daripadanya.

Ada komen seperti "Alah, jual ayam je pun. Aku belajar sampai degree, jadi pegawai kerajaan hanya mampu pakai Myvi. Gile nak menunjuk bapak dia ni. "

Saya yang membaca komen sebegini turut luruh air mata menunjukkan masyarakat Melayu kita benar-benar kritikal mengenai isu moral. Langsung tiada adap, mahupun akal yang waras walaupun mempunyai ijazah.

Ayah Fatini hanyalah anak Kelantan yang langsung tidak cemerlang, result UPSRnya adalah 4D 1E sahaja bukan seperti anda mempunyai ijazah. Tetapi berkat usaha beliau bangun seawal jam 4 pagi, terus ke kedai menyembelih beratus-ratus ekor ayam untuk dijual di hampir seluruh Kelantan. Siapa yang sanggup kerja seperti ini, bergelumang dengan bau tahi ayam setiap hari, kena sembilih ayam , potong ayam dan sebagainya?

Ayahnya juga bukan seperti anda, log in Facebook tengok orang berjaya dan buat 'benda pelik' sedikit terus kutuk, maki tanpa rasa belas. Ayahnya cuma penjual ayam tetapi jutawan. Itu sahaja.

Anda bekerja makan gaji dengan gred 41 pun belum mampu untuk menjadi jutawan sekiranya sikap anda yang seringkali menyangkal kejayaan orang lain.

Yang peliknya, orang kaya dan ahli politik yang secara terang-terangan salah guna duit kerajaan dan memberi kemewahan kepada anak mereka tidak pula anda maki sehebat dugaan yang diterima oleh ayah Fatini ini. Niat ayah Fatini cuma satu, berkongsi rasa gembira dengan kejayaan anak sulungnya yang cemerlang dengan penuh rasa syukur.

Kepada anda yang mempunyai ijazah ataupun kelayakan iktisas yang lain, saya cabar anda untuk gantung sijil graduasi anda di dinding dan menjadi seorang penjual ayam seperti usaha yang ayah Fatini lakukan ini. Kita lihat hasilnya.

Inilah kisah seorang anak Kelantan menjadi jutawan hanya dengan menjual ayam.

Nukilan oleh : Pok Dogo

Sumber : I LOVE KELANTAN

Baca lagi >>

Kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat

SIBU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
   
Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.
Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.
   
Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.
   
Mengenai isu berasingan, Abdul Aziz berkata cadangan penubuhan Seksyen Profil Pemandu Kenderaan Komersial di JPJ sedang dilaksanakan.

"Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.
   
"Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain," katanya. 

Sumber : Bernama

Baca lagi >>