Tuesday, 31 December 2013

Sambutan tahun baharu diharamkan di Aceh

Polis di wilayah Aceh yang mengamalkan pentadbiran syariah, merampas ribuan mercun dan terompet kadbod selepas pihak berkuasa untuk kali pertama mengharamkan sambutan Tahun Baharu, kata pegawai hari ini.

Serbuan dijalankan malam tadi di gerai-gerai dan kedai yang menjual barangan tersebut.

Ia bagi memenuhi fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Ulama bahawa sambutan Tahun Baharu atau mengucapkan "Merry Christmas" sebagai haram di sisi Islam.

Kerajaan Banda Aceh mempertahankan fatwa itu dengan turut mengharamkan sambutan Tahun Baharu di bandar ini.
Sumber : Utusan Online