Monday, 23 December 2013

Punca banjir di Gaza adalah kerja jahat Israel

Jawatankuasa Bertindak Bencana Kerajaan Gaza mengumumkan bahawa pihak berkuasa Israel telah membuka empangan hanya di timur Semenanjung Gaza, banjir banyak mengenai kawasan perumahan di kampung-kampung yang berdekatan dengan persisir pantai.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Gaza, Yasser Shanti antara sebab utama limpahan air yang banyak dan menyebabkan banjir teruk di beberapa kawasan di Dier-Balah dan Tengah Gaza kerana pihak Israel telah melepaskan air empangan mereka ke arah Gaza.
Pihak Jawatankuasa Bencana Alam Gaza hanya ada masa beberapa jam untuk memberi amaran kepada penduduk sekitar dan persiapan untuk proses pemindahan.

Keadaan banjir dan musim sejuk ditambah pula dengan sekatan oleh kerajaan Mesir amat menyukarkan mereka mendapatkan bekalan makanan dan persediaan musim sejuk.

Kekurangan bahan api telah menyebabkan kehidupan harian di Semenanjung Gaza semakin tersepit. Mesin pengisar perlahan-lahan terpaksa dihentikan sejak awal November lagi. Loji jana kuasa dan pam air juga terpaksa ditutup dan perkara ini telah menafikan keperluan asas untuk penduduk Gaza.

Kekurangan bahan api diesel adalah hasil daripada sekatan tujuh tahun yang ketat dan panjang dikenakan ke atas wilayah Gaza oleh Israel dengan sokongan Mesir.

Semenanjung Gaza telah berada di bawah sekatan ekonomi yang teruk yang dikenakan oleh negara Israel sejak 2006.
Sumber : Mesir Kini