Monday, 30 December 2013

Juara 7 kali F1 Michael Schumacher kritikal

GRENOBLE: Juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher, menjalani pembedahan otak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, awal hari ini.

Schumacher, 44, yang mengumumkan bersara dari sukan F1 dan berasal dari Jerman, kini dilaporkan dalam koma dan terpaksa menjalani pembesahan neuro.

“Keadaannya kini kritikal," kata Hospital Grenoble di selatan Perancis dalam satu kenyataan.

Schumacher dikatakan bermain ski bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di pusat peranginan Meribel Resort, di mana mereka mempunyai hartanah di sana sebelum terjatuh dan kepalanya terhantuk ke batu.
Sumber : Berita Harian