Thursday, 26 December 2013

BN masih kebal akan terus menang jika buat PRU dalam masa terdekat

Iklim politik akan kekal sama jika pilihan raya diadakan dalam tempoh enam bulan daripada sekarang, menurut tinjauan terbaru Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Kebanyakan 1,676 responden dalam tinjauan itu terbahagi sama banyak antara enggan mengulas, menyokong BN atau menyokong Pakatan Rakyat.
Seperti dijangka, majoriti Melayu masih simpati dengan BN dan majoriti Cina berikrar menyokong Pakatan Rakyat.

Umcedel menggunakan tempoh enam bulan dengan andaian tarif elektrik dan kenaikan lain akan dirasai orang ramai dalam tempoh itu, kata pengarahnya Dr Redzuan Othman dalam pembentangan di Universiti Malaya hari ini.

Seramai 32 peratus menyokong BN, 29 peratus menyokong Pakatan dan 32 peratus enggan mendedahkan pendirian politik, kebanyakan responden adalah kaum Melayu.
Sumber : malaysiakini