Wednesday, 20 November 2013

Usahawan tempatan guna PayPal untung besar setiap hujung tahun

KUALA LUMPUR - Peniaga Malaysia yang menggunakan PayPal, perkhidmatan pembayaran dalam talian, dijangka terus mencatatkan pertumbuhan jualan positif dalam musim membeli belah hujung tahun.

Ini memandangkan semakin meningkatnya arah aliran pengguna antarabangsa menggunakan tawaran-tawaran perayaan dalam talian sebaik-baiknya.
Dalam satu kenyataan hari ini, PayPal berkata, semasa musim perayaan akhir tahun pada 2012, pengguna global yang membeli belah dalam talian memberikan begitu banyak peluang jualan bagi peniaga PayPal tempatan, yang mencatatkan kenaikan jumlah jualan secara perbandingan tahun ke tahun sebanyak 20 peratus dalam tempoh Noveber hingga Disember.

Peniaga-peniaga Paypal tempatan memenuhi pesanan daripada pengguna-pengguna antarabangsa dengan kadar tertinggi lima urus niaga seminit pada hari jualan paling sibuk dalam musim tahun lepas.

Pertumbuhan jumlah jualan terpantas ini disumbangkan oleh pembeli Singapura (67 peratus), China (27 peratus) dan Amerika Syarikat (22 peratus). 

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment