Saturday, 23 November 2013

Tiada lagi alasan tekanan masa untuk solat Jumaat di Johor

Waktu rehat tengah hari selama sejam 15 minit terutama pada hari jumaat kadang-kadang tidak mencukupi untuk umat Islam menunaikan solat jumaat dan makan tengah hari.

Keputusan Sultan Johor untuk jadikan Jumaat sebagai hari cuti telah melegakan ramai umat Islam.

Muar - Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu.

Pengumuman itu dibuat ketika bertitah di majlis penganugerahan darjah dan pingat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, pagi ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengumumkan perubahan cuti hujung minggu Johor ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 14 Januari 2014 pada Majlis Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar Johor hari ini. - Foto Bernama

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah baginda.

Pengumuman berkenaan disambut baik oleh rakyat Johor dan rata-rata mereka gembira dengan pengistiharan itu.

Jumaat dan Sabtu pernah menjadi cuti mingguan bagi Johor iaitu pada 1994.

Ketika ini, Kelantan, Terengganu dan Kedah menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.

Mengulas pengistiharan itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin berkata, perubahan berkenaan amat baik, terutama bagi umat Islam untuk mengimarahkan kemuliaan malam dan hari Jumaat.

Selain itu, ia dapat meninggikan lagi syiar Islam di negeri ini.

"Pengumuman berkenaan sangat ditunggu-tunggu kerana sudah disebutkan dalam kitab Al-Quran bahawa hari besar bagi penganut Islam ialah Jumaat.

"Bagi Yahudi pula jatuh pada Sabtu manakala umat Kristian pada Ahad," katanya.

Perwakilan PAS takbir sambut cuti Jumaat di Johor

Pas hari ini menyokong pertukaran cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu yang berkuat kuasa Januari 2014.

PAS Johor mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengumumkan secara rasmi cuti hujung minggu di negeri itu pada hari Jumaat dan Sabtu bermula tahun depan.

Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfodz Mohamed yang membaca usul tersebut berkata pengumuman tersebut dibuat sempena dengan ulang tahun baginda ke-55 hari ini.

"Cuti Jumaat sejak zaman penjajah sehingga tahun 1994, namun cuti kepada Ahad ditukar kepada Ahad sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar.

"Sebagai tanda sokongan kepada cadangan ini, saya minta perwakilan berdiri," katanya sambil menyaksikan lebih 1,000 perwakilan berdiri dan melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai sokongan dengan titah tuanku.

No comments:

Post a Comment