Saturday, 23 November 2013

Tentera Laut US lancar kapal perang baru

NEWPORT NEWS, Amerika Syarikat - Tentera Laut Amerika Syarikat telah melancarkan kapal perang baru dalam kelas baru yang pertama seumpamanya iaitu kapal pengangkut pesawat Gerald R. Ford. Kapal itu dinamakan sempena Presiden Amerika Syarikat yang ke-38 Gerald R. Ford.
Sebuah majlis khas telah dianjurkan pada 9 November lalu sempena pelancaran itu di Huntington - Ingalls Industries Newport News Shipyard Virginia, di mana Susan Ford Bales, anak perempuan Presiden Gerald Ford dan juga penaja kapal telah merasmikan kapal dengan memecahkan botol champagne pada plat kimpalan badan kapal.
"Kapal ini hebat, Ini merupakan saat istimewa buat saya," kata Bales. 

"Saya mengharapkan ayah dan bukan saya yang berada di sini untuk memecahkan botol atau mungkin dia melihat saya pecahkan botol."

Senator Carl Levin, pengerusi Jawatankuasa Angkatan Bersenjata Senat, memberikan ucapan utama pada majlis itu sambil menekankan bahawa kapal pengangkut pesawat merupakan simbol kuasa Amerika Syarikat.

"Ia menggambarkan kekuatan ketenteraan kita," kata Levin.

Kapal pengangkut pesawat baru ini dianugerahkan nombor siri CVN 78. Kapal ini adalah anak sulung daripada kelas Gerald R.Ford

Ia adalah kapal yang pertama dengan reka bentuk baru selama lebih daripada 40 tahun dan akhirnya akan menggantikan semua kelas kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz. 

Kapal pengangkut pesawat kelas Gerald R. Ford  direka untuk meningkatkan keupayaan perang dengan kos selenggara yang kurang berbanding sebelumnya dengan kapasiti krew kurang seramai 700 orang. 

"Ia satu kapal yang hebat," kata Kapten John Meier, pegawai pemerintah untuk kapal pengangkut pesawat yang baru dilancarkan.

"Teknologi yang direka untuk kapal ini adalah benar-benar satu seni. Ia kapal dengan teknologi paling maju di dunia."

Kapal pengangkut pesawat Gerald Ford mempunyai pelbagai ciri dan reka bentuk baru, seperti sebuah jana kuasa nuklear yang baru, sistem pelancaran pesawat elektromagnetik, penangkap gear yang berteknologi tinggi, radar dual band, dan semua alat bantuan elektrik. Ia direka untuk jangka hayat 50 tahun dengan satu waktu di pertengahan umur kapal untuk mengisi bahan bakar dan baik pulih menyeluruh.
Rolf Bartschi, naib presiden bagi pembinaan kapal Gerald R. Ford memberitahu bahawa sebagai kapal pengangkut pesawat kelas baharu, Gerald Ford telah direka untuk menjimatkan kos selenggara yang agak banyak bagi tentera laut US sepanjang hayat operasinya. Jadi ia direka untuk beroperasi dengan lebih sedikit kelasi dengan ciri-ciri penuh untuk melancarkan operasi perang.

Anggaran penjimatan sebanyak 4 Billion hingga 5 Billion US Dollar untuk operasi sepanjang 50 tahun.

Kapal pengangkut pesawat Gerald Ford akan menggantikan Kapal pengangkut pesawat USS Enterprise, yang ditamatkan operasinya tahun lepas. Dengan penambahan kapal baru ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengekalkan satu kumpulan 11 buah Kapal pengangkut pesawat super.

Sumber : xinhuanet.com

No comments:

Post a Comment