Wednesday, 27 November 2013

RM30,000 seorang untuk skuad Pahang

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian ganjaran wang tunai RM30,000 seorang kepada pegawai dan pemain skuad bola sepak Pahang yang menjuarai Piala Malaysia 2013.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pemberian itu sebagai menghargai usaha dan perjuangan skuad Tok Gajah selama 21 tahun sehingga berjaya merangkul piala berprestij itu.

"Kami berharap pemain dapat memanfaatkan pemberian daripada kerajaan negeri ini.
"Jika pasukan Tok Gajah berjaya mempertahankan kejuaraan tahun depan, InsyaAllah kita mungkin akan menggandakan ganjaran dua atau tiga kali ganda daripada yang diberi hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada jamuan malam dan ramah mesra bersama pasukan itu di sini hari ini.

Turut hadir Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Muhammmad Safian Ismail dan pemain-pemain pasukan Pahang.

Dalam pada itu, Adnan turut memuji semangat juang dan disiplin tinggi pasukan itu sehingga berjaya merangkul kejuaraan itu.

Tengku Abdul Rahman pula yakin pasukan Pahang akan mempamerkan mutu permainan lebih baik pada musim akan datang.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment