Sunday, 24 November 2013

Lebih banyak kuil akan dirobohkan

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata terdapat banyak lagi kuil di Kuala Lumpur yang dibina di atas tanah secara haram.
Beliau berkata Kementerian telah memeriksa status kuil ini dan akan bertindak terhadap mereka.

"Ya, saya memeriksa dan akan bertindak tegas... Saya akan beritahu mereka untuk pindah. Saya akan memberikan mereka tempat baru dan saya akan mewartakan tempat baru itu sebagai sebuah kuil," katanya mengulas mengenai dakwaan oleh organisasi badan bukan kerajaan (NGO) bahawa 23 kuil Hindu akan dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur( DBKL).

Ini adalah ekoran daripada kontroversi perobohan yang dijalankan ke atas Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di kawasan perniagaan mewah di pusat bandar Kuala Lumpur.

Tengku Adnan berkata kementerian itu bukan sahaja akan bertindak ke atas kuil Hindu yang menduduki tapak secara haram tetapi juga surau yang didakwa menyebarkan ajaran sesat.

"Bukan sahaja kuil tetapi terdapat juga beberapa surau yang saya akan robohkan," katanya.

Tengku Adnan berkata jika ini tidak dilakukan, tempat-tempat ibadat ini akan memberi masalah yang lebih besar kelak.

Sumber : Yahoo News

No comments:

Post a Comment