Wednesday, 27 November 2013

6 Juta orang penduduk Malaysia gemuk

Enam juta penduduk dewasa  negara ini didapati mempunyai masalah berat badan. 

Dan masing-masing hampir sejuta remaja dan kanak-kanak mengalami masalah sama. 
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia -  Profesor Dr Mohd Ismail Noor berkata keadaan mereka dikhuatiri akan lebih buruk jika menjadi pengunjung setia restoran 24 jam yang berlambak di negara ini. 

Bagi kanak-kanak dan remaja beliau menyarankan masalah obesiti ditekankan dalam kurikulum sekolah.  
Kebanyakkan ibu bapa juga katanya memberatkan soal akademik anak tetapi mengenepikan aspek riadah untuk kesihatan anak mereka. 

Menurut beliau, kegemukan satu ancaman kepada negara kerana boleh mengundang penyakit.  

Ini  mewujudkan persekitaran kerja tidak produktif seterusnya membantutkan proses kemajuan sesebuah negara. 

Timbalan Pengarah Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit Kementerian Kesihatan - Dr Zainal Ariffin Omar  mengingatkan masyarakat mengenai pelbagai komplikasi yang bermula daripada kegemukan.

Sumber : Berita TV9

No comments:

Post a Comment