Sunday, 24 November 2013

3 orang Naib Presiden PAS untuk sesi 2013-2015

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan dua penyandang naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa diumumkan pemenang bagi jawatan nombor tiga parti Islam itu pada muktamar tahunan ke-59 hari ini bagi sesi 2013-2015.
Salahuddin mendapat undi paling banyak, 917 undi diikuti Tuan Ibrahim yang mendapat 849 undi, manakala Husam di tempat ketiga dengan 520 undi.

Dua lagi calon - ahli parlimen Pokok Sena yang juga penyandang Datuk Mahfuz Omar(504 undi) dan Datuk Abu Bakar Chik(364 undi) tewas dalam pertandingan itu.

Keputusan jawatan naib presiden, yang sepatutnya diumumkan semalam, ditangguhkan selepas persetujuan kelima-lima wakil calon untuk mengadakan pengiraan semula kerana masing-masing mendapat jumlah undi yang sangat rapat.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh pengerusi pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi pada kira-kira jam 10.50 pagi ini.

Jelasnya, jumlah perwakilan yang berdaftar ialah 1,129 sementara yang mengudi 1,086 dengan enam undi rosak.

No comments:

Post a Comment